Cirit-birit
adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya
yang dibawah lingkungan umur dua tahun. Penyakit ini biasanya bermula
dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya
cair tetapi adakalanya bercampur denag darah. Demam selalunya tidak
ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi
adakalanya berterusan hungga berminggu-minggu.
Penyakit
cirit-birit masih merupakan satu punca kematian bayi yang utama
dinegara ini dan juga diseluruh dunia terutamanya dinegara-negara yang
sedang membangun. Keadaan yang ada kaitan dengan tingginya kadar
penyakit cirit-birit ialah taraf sosio-ekonomi yang rendah, ketiadaan
bekalan air yang bebas dari kuman-kuman bakteria (sanitary water
supply) serta persekitaran yang kotor.
Penyeledikan
telah menunjukkan bahawa dalam komuniti - komuniti yang rendah taraf
sosio - ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada
tingginya kadar bayi - bayi yang mati akibat cirit - birit. Ini mungkin
ada kaitan dengan pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu
serta juga alat - alat yang digunakan seperti botol - botol atau puting
- puting susu. Memandangkan hakikat inilah sebagai pertubuhan sedunia
seperti World Health Organisation ( W.H.O ) , UNICEF dan pertubuhan -
pertubuhan perubatan antarabangsa telah mengesyorkan supaya semua
negara didunia khususnya negara - negara yang sedang membangun yang
masih mempunyai kadar kematian bayi yang tinggi mengalakkan penduduk -
penduduk mereka meneruskan amalan pemberian susu badan kepada bayi -
bayi.
Di
negara ini usia enam bulan hingga setahun merupakan lingkungan umur
yang selalu terdapat berlakunya penyakit cirit - birit. Ada anggapan
yang mengatakan bahawa cirit - birit dalam tempoh usia ini adalah biasa
bagi kanak - kanak yang membesar . Secara kebetulan penyakit cirit -
birit yang menyerang bayi dan kanak - kanak biasanya disebabkan oleh
kuman virus (ROTA Virus ) atau kuman - kuman bakteria seperti E. Coli
, Shigella , Salmonella , Campylobacter dan lain - lain. Bayi - bayi
yang diserang penyakit cirit - birit mungkin muntah - muntah dahulu
sebelum cirit. Najis yang kelihatan berair sahaja lazimnya disebabkan
oleh Rota Virus dan E. Coli. Adakalanya najis itu bercampur dengan
darah. Ini biasanya disebabkan oleh kuman bakteria seperti Shigella ,
Enteropathogenic E. Coli , Salmonella , Campylobacter. Demam mungkin
tidak wujud sama sekali , tetapi apa yang merunsingkan ialah kanak -
kanak atau bayi yang muntah - muntah serta cirit - birit cepat
mendapat kekeringan kadangkala dalam masa beberapa jam sahaja dan jika
tidak dirawat dengan segera mungkin boleh membawa maut. Bayi - bayi
yang kecil mempunyai risiko yang tinggi dan kumpulan inilah yang selalu
menemui maut akibat penyakit cirit - birit.
Doktor
- doktor mengenali tahap kekeringan yang dialami dengan memerhatikan
beberape tanda. Bayi-bayi yang mengalami tahap kekeringan yang rendah
biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mudah dikenali selain
daripada kekeringan yang kurang daripada lima peratus. Pada tahap yang
sederhana ( dari 5 - 10 Peratus tahap kekeringan ) bayi - bayi yang
sering menunjukkan tanda - tanda seperti mata tenggelam , ubun - ubun
turun dan kulitnya kendur. Dia juga mungkin mengantuk serta kurang
membuang air kecil. Tahap kekeringan yang sangat merbahaya ( kekeringan
lebih dari 10 % ) menunjukkan bayi - bayi yang seakan - akan tidak
sedarkan diri dan kulitnya bukan sahaja kendur tetapi juga terasa sejuk
, ubun - ubun dan matanya tenggelam dan kalau dia diangkat , badannya
terasa lembut dan ringan sahaja. Dia tidak benyak membuang air kecil
dan air kencing itu pekat sahaja. Suhu badannya mungkin tinggi dan
kadangkala , dia mungkin sawan. IBU BAPA TIDAK SEHARUSNYA MEMBIARKAN
ANAK MEREKA YANG MENGALAMI CIRIT - BIRIT SAMPAI KE TAHAP MERBAHAYA
KERANA INI MUNGKIN MEMBAWA MAUT.
Langkah - langkah yang perlu diambil
Walaupun
bayi cirit dia berupaya menyerap air dan glukos. Ibu bapa disarankan
supaya tidak memberi bayi semua formula susu tepung serta pepejal pada
waktu penyakit ini menyerang bayi. Doktor - doktor menyarankan para ibu
untuk terus memberikan susu badan dan menampungnya dengan memberi
larutan glukos dan garam ( Oral Rehydrating Solution ). Susu tepung
atau pepejal boleh diberi dengan beransur - ansur apabila penyakit ini
mula reda. Tujuan penting di dalam rawatan cirit - birit dikalangan
bayi ialah untuk mencegah berlakunya kekeringan. Pada masa dahulu ramai
ibu memberi bayi mereka air nasi untuk merawat cirit - birit dan amalan
ini telah diuji dengan cara saintifik oleh doktor - doktor di
singapura. Amalan ini didapati sungguh memuaskan. Nasi itu perlu
dimasak sehingga menjadi bubur dan airnya diambil untuk diberi kepada
bayi yang cirit. Tetapi pada masa kini larutan air yang mengandungi
garam dan glukos ( Oral Rehydrating Solution ) mudah didapati di klinik
- klinik dan telah pun diakui di seluruh dunia sebagai rawatan yang
paling sesuai untuk bayi - bayi yang cirit - birit.
Jika
bayi - bayi terus menunjukkan tanda - tanda kekeringan yang terus
melarat walaupun rawatan secara ini telah dimulakan perlulah bayi
dibawa ke klinik atau ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut di mana
kekeringan boleh dirawat dengan cara drip ( intravenous infusion ).
Antibiotik atau bancuhan ubat untuk mengurangkan cirit dan muntah
biasanya tidak dikesan jika diberi kepada kebanyakkan bayi yang
menghidap penyakit ini.
Komplikasi
Sebahagian
bayi - bayi kecil yang mengalami cirit - birit didapati terus cirit
sehingga lebih dari dua minggu. Keadaan yang dipanggil post - enteritis
syndrome ini adalah merbahaya kerana bukan sahaja timbang berat bayi
merosot tetapi boleh membawa kepada morbiditi dan kematian. Rumusan
dari penyelidikan yang dibuat di negara kita sendiri menunjukkan bahawa
keadaan ini terdapat di kalangan bayi - bayi yang diberi susu tepung
dan menunjukkan tahap pemakanan yang rendah serta bayi - bayi yang
mengalami cirit - birit akibat kuman bakteria . Cirit - birit yang
berpanjangan memerlukan perhatian doktor - doktor kerana cara rawatan
yang sewajarnya mungkin perlu diatur ' Post - enteritis syndrome ' ini
jika berterusan boleh membawa kepada tahap pemakanan yang rendah (
malnutrition ) dan akan turut menjejaskan perkembangan bayi.
Pencegahan
Ibu
- ibu disarankan supaya memberi susu badan kepada bayi dari lahir lagi
kerana susu ibu mempunyai beberapa kuasa perlindungan untuk mencegah
penyakit - penyakit termasuk cirit - birit. Bagi ibu - ibu yang memberi
susu tepung kepada bayi mereka , kebersihan diri dan kebersihan alat -
alat yang digunakan untuk membancuh susu adalah penting supaya bayi
tidak terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan penyakit cirit ini.
Memang jelas penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa kini
telah banyak berkurangan dengan adanya bekalan air yang bersih dari
kuman. Bagi kawasan - kawasan yang masih terpaksa mendapat bekalan air
dari perigi - perigi air itu mestilah dimasak terlebih dahulu. Botol ,
sudu serta segala yang digunakan untuk membancuh susu mesti dimasak
terlebih dahulu.
Perkara
yang masih didalam proses penyelidikan ialah pengimunan seperti yang
terdapat untuk penyakit - penyakit polio , kerongkong , kol - kol dan
demam kepialu. Vaksin untuk mencegah penyakit cirit - birit oleh virus
Rota dan bakteria E.coli sedang diuji dan ini akan membawa harapan yang
besar untuk mengawasi penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa
hadapan jika ujian ini berhasil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan