These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent
any disease.
Badan lemah,
letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita
menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang
biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya
tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang
masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?
Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
- Pemakanan yang tidak sihat
- Tekanan dan stress
- Kegemukan
- Pekerjaan yang memenatkan
- Insomnia
- Darah rendah/anemia
- Perokok tegar
- Mengambil kafein secara berlebihan
- Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
- Tidak melakukan senaman
- Pengambilan ubat-ubatan
- Kekurangan air
- Kehamilan
Sekiranya
penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan
ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan
nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk
sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.
Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu
Vitamin A
Melindungi
tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor
yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan
mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan
kita jadi lemah dan lesu.
Vitamin A juga berguna untuk imuniti.
Vitamin B Complex
Vitamin B
complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan
tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B
yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan
juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan
metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.
Vitamin C
Menguatkan
imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada
kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel
tubuh.
Vitamin D
Vitamin D
berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di
negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal
affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya
mtahari (sumber semulajadi vitamin D).
Vitamin E
Selain
antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan
psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah
badan.
Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk mengatasi badan lemah dan lesu?

Vita Lea

B Complex

Vita C

Soy Protein

Performance Drink
credit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan