Credit
Ada
ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan
dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang
kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk
mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara
ibu dan anak.
Ramai
ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang
bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua
zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar
tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia
membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih
baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.
Namun
terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana
menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan
penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah
ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin
yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?
Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?
Melalui
pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung
dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak
kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan
stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2
biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan
ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2
selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan
merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang
banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya
pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah
datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu
bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana
mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini
kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu.
Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira
apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat
perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain
clog duct mudah berlaku.
Berbeza
pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi
keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan
susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak
pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga
penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak
sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan
lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk
macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga
pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa
bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah
pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut
keperluan bayi tadi.
Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi
dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia
anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat
besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi
ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi
dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada
sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan
pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun
multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil
dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan
zat besi oleh badan.
b) B Complex
Sangat
penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak &
protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem
pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga danmembantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood
baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik
penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang
memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil
perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si
ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.
c) Vitamin C
Sangat
penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu
meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu
meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang
menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan
pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi
puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
d) Alfalfa
Merupakan
supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001
khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu
lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu
adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah
mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu
namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi
membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.
Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu
perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara
automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi
yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja
tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan
banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus
untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan
mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang
seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more
we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya
dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang
memenuhi keperluan badan kita.
Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....
ATAU
2.
Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan
bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan
mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later
thought about quantity.
Jika
masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada
diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin
ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun
sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun,
ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat
makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement
memang betul :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan