RAMAI
wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun
penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan
membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang
berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu
menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya
menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu,
bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.
Perubahan
fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula
beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus.
Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga
menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses
penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk
kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta
kurang daya penglihatan.
Anggur
muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika
menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang
boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan
berpanjangan.
Anggur
muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan
mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada
bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali
ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti
berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam
darah selain melambatkan proses penuaan.
Selain
anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta
agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di
sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.
Elderberi
sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati
asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan
yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam
sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.
Polygonum
cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula
jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan
biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan
sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan
resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan
kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak
yang tidak diperlukan tubuh.
Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A
terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan,
antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit
jantung.
Jenama
produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan
Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan
berkenaan.
Malah ia
adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama
diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Menurut
Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten
R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.
Kandungan
anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti
membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.
"Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan
terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.
"Terdapat
empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi
resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix
juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak
mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna
tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix
berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan
positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.
Katanya,
Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan
kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah
sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan
anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu
sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk
lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan
masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa
minit untuk dilihat hasilnya.
*Credit To Shaklee & Harian Metro.
Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan