Penyusuan adalah proses yang mesti dipelajari oleh ibu & bayi.
Persediaan
paling penting untuk menjayakan penyusuan memerlukan sebanyak mungkin
pengetahuan dikumpul semasa anda mengandung lagi. Jadi, hadiri Kelas
Persediaan Penyusuan adalah kunci kejayaan. Berikut adalah beberapa tip
yang dapat membantu anda & bayi menjayakan penyusuan :
1) Hadiri Kelas Persediaan Penyusuan / Kelas Antenatal yg meliputi topik penyusuan secara meluas / keseluruhan.
2)
Mulakan menyusuan secepat mungkin selepas kelahiran bayi, sebaliknya
dalam masa satu jam pertama. Bahan yang dikeluarkan dari payu dara ibu
semasa beberapa hari pertama selepas bersalin (kolostrum) kaya dengan
protein dan dapat membantu menghalang jangkitan.
3)
Cuba posisi yg berlainan semasa menyusukan bayi. Elakkan posisi
membongkokkan bayi, sebaliknya duduk tegak dan bawa bayi ke paras payu
dara. Gunakan bantal sebagai penyokong. Pastikan lekapan bayi betul
pada payu dara.
4) Pastikan bayi menghisap areola payu dara anda sepenyuhnya
5) Gilirkan payu dara utk dihisap bayi setiap menyusukan bagi mengurangkan pembengkakan yg mungkin anda alami.
6)
Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda oleh Konsultan Laktasi yg
bertauliah dalam masa 24 hingga 48 jam selepas melahirkan bayi.
7)
Susukan bayi bila dia menunjukkan tanda - tanda lapar. perhatikan tanda
tersebut seperti, mengagakan mulut, menyondol mulut ke arah payu dara
anda, memasukkan tangan dalam mulut dan menangis. Jgn tunggu sehingga
menangis.
8)
Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu menigkat
semasa sesi menghisap. Biarkan bayi menghabiskan susu dan berpuas hati
dengan sebelah payu dara sebalum menawarkan payu dara yg di sebelah.
9) Elakkan pemberian puting kosong sehingga penyusuan benar - benar telah stabil.
10) Susukan bayi secara ekslusif pada enam bulan pertama. Penyusuan sangat ideal utk perkembangan dan tumbesaran bayi anda.
11)
Jangan bari bayi baru lahir minuman tambahan (air kosong, air glukos,
susu formula dan sebagainnya) kecuali alasan perubatan yg dibenarkan
oleh doktor.
12)
Amalkan diet yg sihat & seimbang kerana ia memainkan peranan
penting menjayakan penyusuan kerana ibu yg sihat akan membentuk anak yg
sihat.
13)
Jika anda ibu berkejaya, pastikan anda membuat persediaan rapi utk
menyusukan bayi iaitu peralatan utk memerah & menyimpan susu semasa
bekerja.
~INFO ~
Keringkan
puting anda di udara selepas setiap penyusuan, sapukan sedikit susu yg
telah di perah pada puting, ia dapat membantu dlm penyembuhan &
perlindungan puting.
~pa&ma~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan