Ahad, 28 Jun 2015

Tips Jualan Laku




Anda mahu produk laris? Ini salah satu kuncinya...





Kita mahu produk kita laris dipasaran, itu tidak salah tetapi kengkadang ada yang lupa yang menggerakkan hati manusia untuk lihat produk kita adalah Allah swt.
Pengalaman dan pelajaran dari kesilapan saya dahulu adalah, kita pasarkan diri kita di hadapan Allah swt selalu, faham tak maksudnya? Maksudnya kita buat apa yang Allah swt suka sekerap mungkin untuk mudah-mudahan mendapatkan "perhatianNya". Jaga solat 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu suboh, solat berjemaah sekerap mungkin, mengaji dan menghayati ayat-ayatnya. Bersedekah, berzakat. Pendek kata, kita lariskan diri kita dan persembahkan diri kita kepadaNya selalu dan disertai dengan usaha dengan ilmu dan strategi perniagaan dan pemasaran yang terbukti berjaya, Insya-Allah telah terbukti berulang-ulang kali ia membawa keberkatan di dalam usaha kita kerana usaha kita tidak ada kuasa melainkan atas izinNya. Wallahu A'lam.
Cakap ni bukan pasal bagus tetapi pernah jatuh telungkup bila jauh dariNya. Ini ingatan buat diri sendiri dan mereka yang mahu diingatkan. Luangkan sedikit masa untuk sujud kepadaNya dan Insya-Allah percaya dan yakin yang Dia akan memudahkan segala urusan untuk kita Insya-Allah. Amiin YRA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan