Jumaat, 25 Mac 2016

Cerita tentang Kehidupan


Assalamualaikum..selamat pagi...

Hari ni terbuka hati nak cerita tentang doa saya,apa yang terjadi dalam hidup saya beberapa bulan lepas..

Ya apa yang terjadi semua ada sebab..Allah yang aturkan untuk kita..

akhir tahun 2015 saya doa pada Allah nak ada xxx k dalam akaun saya..impian saya jugak nak menunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2016..

Dengan komitmen yang mengikat diri setiap bulan,dengan saya yang hanya kerja sendiri .pendapatan yang tak tetap agak agak dapat ke saya kumpul jumlah tersebut dalam akaun..

Dipendekkan cerita Allah temukan saya dengan bisnes emas..dari sinilah saya nampak simpanan sentiasa meningkat setiap bulan. Rasa sayang duit nak membeli apa yang bukan keperluan..Ada sikit terus beli 1g..sedar2 simpanan melebihi apa yang saya target setiap bulan..

Betul kata dr azizan..Emas magnet rezeki..Ia menarik rezeki..Kawan2 yang seperti saya mesti setuju apa yang saya katakan..Tak mula memang tak tahu..Sampaikan untung rm2 pun saya masukkan ke dalam tabung haji..Sedar sedar jumlahnya meningkat.

rugi rasanya kenapa saya tak sedar dari dulu..Tapi semuanya perancangan Allah ..





# message pertama saya bersama mentor emas saya..Nak beli 1g je sebenarnya,tetiba aturannya lain..

#goldsaver
#diarywham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan