Bismillahirahmanirahim....
Saya antara salah seorang peminjam PTPTN sejak tahun 2005 kalau tak silap..Sama dengan suami saya..Dari pengalaman kami suami isteri la saya mula berfikir tentang masa depan anak anak saya akan datang..Dari sinilah saya terfikir saya kena sediakan tabungan seawal mungkin untuk anak anak..Serik dengan loan..
Alhamdulillah idea bernas ni saya kongsikan juga untuk rakan rakan blog saya..Semoga membawa manfaat ..Semoga kita tak bertangguh lagi mulakan simpanan dari sekarang..Saya pilih simpanan emas..bukan sahaja bertambah gram malah bertambah dari segi harga dari tahun ke tahun...Apa maksudnya tu..contohla pada Mac 2016 emas 1 gram berharga rm200,5 tahun akan datang 2020 dianggarkan 1 gram rm500..Wow!Simpanan pelaburan gituuu..Untung ka untung..
Sekarang mari kita belajar mengira simpanan emas kita:
1. Katakan anak sulung sekarang berumur 5 tahun(saya bagi contoh anak saya),,start sambung belajar umur 18 tahun..jadi kita ada tempoh 13 tahun untuk menyimpan emas..
2.Bajet setiap bulan nak beli 1 g untuk seorang anak..jadi setahun 12 g..13 tahun 12x 13=156g..
3.Harga emas sentiasa berubah ..so simpanan kita pun berubah bajet..tapi bila kita ada matlamat yang jelas insyaAllah kita usahakan untuk cukupkan simpanan,,
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anak..Apapun setiap perancangan Allah jua penolong terbaik..Berdoalah kita di mudahkan urusan ,.Amin..
Terima kasih sudi baca blog saya..Saya doakan anda kaya berjaya dunia akhirat..Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan