Alhamdulillah baru berkesempatan update blog setelah sekian lama peram cerita yang dinanti2 oleh sahabat seperjuangan saya iaitu rakan2 Shaklee..Memandangkan si kecik sedang tido dan kerja rumah da setel moh kita taip lelaju supaya citer best ni tak terbengkalai lagi hehehhe...
Surah Alwaqiah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.
surah alwaqiah
Khasiat Alwaqiah
Salah satu khasiat surah Alwaqiah..
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
................................................................................................................................................................
Inilah hadiah rm20k dari Alwaqiah..
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!
Maha Besar Allah..
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan ... Dan memberinya rezki dari arah yang tidada disangka-sangkanya.
Ceritanya begini..setiap tahun shaklee akan menawarkan percutian mewah kepada semua pengedar Shaklee dengan syarat2 tertentu.Dan tahun 2015 Shaklee memilih Italy sebagai destinasi percutian kepada pengedar yang layak.Memandangkan saya pernah ke Us tajaan shaklee jugak pada tahun 2014,so saya tahu betapa ruginya jika saya terlepas peluang ke Italy kali ini...
So bermulalah episod getir dalam hidup saya..getirla sangat heheheh..Memandangkan point yang perlu dikumpul untuk layak 1 tiket ke italy adalah 990 point dalam masa 12 bulan maka saya perlu kerja keras berbaloi dengan hadiah yang diberikan..
Tapi nak dijadikan cerita saya ringkaskan sebab bukan ahli shaklee mesti tak faham apalah point2 nikan..
Start dari bulan pertama sehingga bulan ke 9 sy telah berjaya kumpulkan 5++ point..Fuhhh nak dapat 5++ ni pun bukan kije senang,Apatah lagi nak 990 point dan saya ada 3 bulan untuk lengkapkan satu tiket ke Italy..
Dan disinilah cerita bermula..
Dalam pada mustahil hati saya kuat mengatakan saya boleh dan terbayang2 sy melompat di Italy sambil bergambar..hahaha ini mungkin lawak tapi ini LUA (Law of Attraction) sy yang menjadi..
Bila tanya rakan seperjuangan yang lain dan point mereka dah hmpir 900..lagilah perasaan berbelah bahagi ,down,kurang yakin makin buat saya rasa kecewa..Masa ni rasa nak redha dan pasrah tapi keinginan yang kuat buat saya tak putus asa..
start dari sinilah sama amalkan tiap kali lepas solat mengaji surah Alwaqiah..kalo keluar berjalan dengan suami sy pastikan bawak Alquran sekali dan baca dalam kereta..ianya cuma lebih kurang 5 minit sahaja.mudah tapi tak semua mampu buatkan.hehhehe.sy cakap kat saya tau..selalu duk fikir..awatla malas sangat,mudah je 5 minit je pun..
Allahuakbar
Keaijaban datang tanpa disangka2..Sale meningkat hampir 50 ribu..bukan total sale,tapi peningkatan..Customer yang tak pernah beli pun order produk..yang bukan rakan fb pun nak jadi ahli dan beli produk shaklee sehingga hampir rm1k..Katanya "saya xde fb kak,guna fb kawan saya hajatnya nak cari kawan lama search nama Azira keluar nama akak,dan tengok saya jual Shaklee..xpernah kenal saya tapi terus bankin duit..
Hebatnya Kuasa Allah..
Allah gerakkan hati customer untuk membeli dan jadi ahli tanpa disangka sangka..
Dan akhirnya sy berjaya qualified 1 tiket ke Italy dgn point 1013..fuhhh sipi2..terlepas percutian rm20 k tu menangis tak berlagu saya..hehehhe..
itulah surah yang saya selalu amal tiap kali lepas solat..Alhamdulillah..paling best ketika amalkan surah ni saya mengandung anak ke 2 saya Maya dan rezeki Allah kelahiranya sangat mudah,sakitnya cuma 10 minit saya terus bersalin..
Terima Kasih Allah..Terima kasih pada suami dan mak kerana doa mereka impian saya termakbul.dan untuk mentor shaklee saya KaK N kuasa dua hehehe (kak Norita dan Kak Nusrat ) atas tips diberikan..
Tahniah dan sgt memberi inspirasi:)
BalasPadam